Assalamualaikum..
hai semua..
Haritu
en.suami belikan biskut ni. saya kan sebelum ni memanglah peminat coklat. Eh,
bukanlah coklat yang macam coklat bar tu. Jenama Cadbury ke apa. Tapi makanan
tu dia perasa coklat. Tapi sejak pregnant ni, sikap sukakan sesuatu perasa
coklat ni sangatlah menjadi-jadi. En.suami pun dah paham.
Biskut
ni sebelum ni memang la saya selalu makan. Kat tempat kerja dulu pun siap beli
buat stok lagi. Makan tu memang la makan. Tapi entah kenapa sejak pregnant ni
tekak rasa lain. Tetiba rasa biskut ni sedap sangat-sangat. Haha..
En.suami
cakap dia tahu saya suka coklat-coklat, sebab tu dia belikan biskut ni yang
coklat. Dah la biskut ni rangup. Saya rasa dalam 1 paket besar ni, en.suami
makan sepeket 2 je kut. Yang selebihnya masuk perut saya sendiri. Hihihi
Bertabah
ajelah ye en.suami tengok saya asik makan tak henti-henti. Demi baby kan.. Saya
kalau bukan sebab baby rasanya takdelah juga kejap-kejap nak makan. Tapi sebab
baby, saya turutkan tekak ni.
Macam
sebelum ni, saya baru je lepas makan nasi. Kiranya banyak la juga. Lepas tu
terasa baby dok gerak aktif. Macam main tumbuk-tumbuk je dalam perut ni,
mungkin tengah tarik segala apa makanan yang saya makan sebelum tu kut, terus
rasa lapar balik. Terus fikir apa yang nak dimakan lagi. Hehe..
Kuasa
Allah semua ni.. Baby kecik dalam perut ni membesar dengan merasa setiap
makanan apa yang mama dia ni makan. Ya Allah.. Tak sabar rasanya nak tunggu
sikecik ni lahir. Nak peluk cium dia.. Nak didik dia.. moga semuanya sentiasa
dalam lindungan Allah..
Assalamualaikum..
Hai semua..
Ni
kisah semalam ye. Semalam tak larat nak update. Semalam turn kena minum air
gula. Baby dah nak masuk 25week. Alhamdulillah.. setakat ni ok je la..
Pukul
8 pagi, dalam 8 setengah kut kuar dari umah. Minta en.suami temankan ke HTD.
Tak berani nak pergi sendiri risau kut-kut nanti pening ke apa. Sebab malam
hari ahad tu, start pukul 10 dah kena puasa. Sampai ke pukul 8 pagi tu krokk
krekk perut tau. Lapar dibuatnya.
Sampai
HTD bagi surat yang dorang suh kita ambik darah dengan minum air gula tu.
Serius, sampai sekarang naik seriau tengok air kaler oren. Air gula yang saya
kena minum tu warna oren. Kena minum sebotol kecik. Kecik tak kecik mana la
juga botolnya. Sampai nak habis tu rasa nak muntah balik pun ada!..
Terpaksa
tahan daripada termuntah. Kang tak pepasal kena telan air baru pula. Tak
sanggup!. Mula-mula tu dorang ambik darah dulu. Bagi saya, ambik darah saya
okay lagi dari kena minum air gula tu. Serius, tak sedap dah semenagnya 1 hal.
Pastu kena habiskan cepat-cepat. Giler laaa..
Selama
ni dengar je orang duk cerita pasal minum air gula. Kena turn sendiri baru
merasa macam mana. Habis minum tu nak kena tunggu 2jam pastu nak kena ambik
darah balik. Masa nak tunggu 2jam tu, tetiba rasa lamanya la hai masa tu
berjalan. Rasanya nak tunggu 5minit pun lambat. Haha
Dah
la time tu rasa loya tekak. Nak muntah. Pening. Ngantuk. Semua ada. Hambek.
En.suami pula ke bahagian lain. Jumpa doc juga nak ambik laporan ujian check
darah dia haritu. Last-last tersandar je la saya kat dinding. Nak pinjam bahu
en.suami takde. Bertahan je la.
After
2jam ambik darah balik. Saya okay lagi time tu. Tapi disebabkan masih dalam
keadaan berpuasa, seram sejuk saya dibuatnya masa nak ambik darah tu. Rasa lembik
badan ni. Lepas tu kena buat checkup biasa.
Berat
kali ni naik. Haha.. macam tak caya la pula. 21mei haritu berat 45kg.
02 jun dah naik jadi 46.5kg. Biar betul. Syukur naik.
Sekurang-kurangnya kita tahu baby pun insyaAllah membesar sama kan? Tapi yang
saya perasan juga, masuk 6month ni dah kuat makan sikit. Kalau makan nasi pun
dah lebih sikit la dari sebelum ni. Syukur alahan dah beransur kurang.
Tekanan
darah still sama. 90/60. Yang ni
saya pun pelik, ntah kenapa sama je tekanan darah saya setiap kali check.
Confius ni.. Kalau ada yang suggest makan vitalea Shaklee, saya ada beli. Cuma
haritu saya makan mungkin tak serasi, pening, so saya stop la makan.
insyaAllah, nanti la saya cuba sambung makan balik. Nak tengok ok ke x. Lagipun
malas nak campur makan dengan ubat dari doc pun ada juga.
HB
macam biasa la. 10.2 pula kali ni. Redha je la.. Takat tu je dia naik
turunnya.. Jangan turun lebih-lebih dah la.. Jenuh la nanti asik nak kena
checkup je. Tapi 2week lagi nak kena checkup lagi. Nurse ni syok kut check
kita. Hehe..
Next
time katanya kena cucuk kancing gigi. Katanya kesian kalau nak cucuk saya
harini. Sebab dah 2-3 kali kena cucuk. Hihihi.. harini check degupan jantung
baby pun ok. Yang kelakarnya nurse tanya baby dah lasak tendang ke. Saya kata
juga rasa kuat juga boleh rasa.
Pastu
masa nurse nak ukur kat perut, kena tendang. Haha. Haaaiiippp baby, kecik-kecik
dah pandai ye main tendang-tendang. Hehehe.. Alhamdulillah baby dah banyak bagi
respon. Tapi bila dia senyap, memang naik risau.
Setakat
ni tu je la kisah checkup saya tuk harini. Next time saya kongsikan kisah lain
pula ye.. Hope keputusan minum air gula okay laa.. hukhukhuk..
Meh kita belanja gambar owner sekeping ye.. gambar semalam sebelum kuar checkup.. Pipi dah naik.
Nota
: HTD – Hospital Tentera Darat
Assalamualaikum..
salam sejahtera semua..
Haritu
rajin sesangat, maka dengan kerajinan tu, saya buatlah Popia Nestum ni. lagipun
saja nak asah bakat ok ke tak nak buat tu. Dah lama tak buat.
Bila
fikir-fikir balik, rasa macam nak je buat bisnes popia nestum ni. tapi tak tahu
la ada ke yang nak.. haha..
Haritu
buat sepeket kecik je kulit popia tu. Saja kasi en.suami rasa. Sekali tengok
dia syok je layan sampai habis. Katanya boleh buat bisnes. Tuppp, terus rasa
semangat nak berbisnes. Tapi tu la, saya bukan ada pengalaman pun dalam bidang
bisnes ni.
Mana
nak tahu, kut-kut ada yang nak order ke, insyaAllah saya nak juga buka tuk
order. Lagipun ni pun dah nak masuk bulan puasa kan? Mana la tahu dapat tolong
kawan-kawan yang busy kerja ke, kan? tapi tak sempat nak buat..
If
ada 10 orang yang nak boleh juga saya buka order. insyaAllah tak ambik
mahal-mahal pun. Sambil suka-suka je sementara saya pun takde buat apa kat
rumah ni. J
Mana
tahu rezeki saya ada dalam bisnes ni ke, kan? :p
Belum
cuba, belum tahu kan? hihi
kalau ada yang berminat, boleh la bagitahu.. =)
Assalamualaikum..
hai semua..
Sebelum
ni saya ada cerita yang saya ke Melaka pasal internet kan? Haa, ni nak tempek
kisahnya.. En.suami pakai celcom wifi. So saya pun pakai la sama. Tapi on pun
bukan la selalu. En.suami pakai yang 4GB tu. Bukan ke 4GB tu besar?
Haaa,
masa bulan 4 saya rajin juga on fb. Blog ada juga. Tapi berpada. Takut nanti
cepat habis GB dia tu. Lagipun kami berkongsi internet kan? So tak kan saya nak
pakai sorang. Pastu masuk 24hb or 25hb tetiba line slow.. Slow sangat-sangat.
So
en.suami check la dengan celcom centre. Kadangnya penggunaan dah 4GB. Terkejut.
Ok lah, mungkin sebab saya pun rajin on kan. So diam je la sampai dia reset
balik 08hb mei. After 8 mei 2014 memang syok la guna. Tapi kami sangatlah
berhati-hati.
Segala
games tak buka. Segala video tak buka. Maksudnya youtube pun memang tak sentuh.
Buka fb pun kejap-kejap. Kadang tu lama sikit pun 10minit je. En.suami pun
sama. Dia kan keje. So kalau dia online pun just tengok online paper je. Tu pun
tak lama. Kejap-kejap je. Yang peliknya, masuk tarikh 24 ke 25 hb haritu, saya
nak online pagi, buka fb sekali tak boleh.
Dah
pelik dah. Internet buat hal lagi ke. Kebetulan time tu en.suami turun basuh
kete. Bila dia pula nak guna, tak boleh nak sangkut. So dia call celcom centre
lagi sekali. Bila call katanya pengguan GB dah habis. What??? Habis?? Pelik.
Games tak usik. Video tak buka. Online kejap-kejap, internet habis juga?? Haaa,
yang ni en.suami memang takleh terima. Dia sendiri pun tahu saya kurang online.
Yang
pelik 2 bulan berturut-turut kami kena benda sama. Internet buat hal dalam
tarikh yang sama. Mau tak bengang. Nak tunggu dia reset balik 08 hb, bulan
berikutnya. Sanggup nak tunggu?? Memang tak la.. Last-last en.suami matikan
celcom wifi dia, then kami bertukar pakai Maxis pula.
Hat
maxis ni 8GB. Ok la kan.. cumanya 4GB tu ada pembahagian masanya pula. Erm..
sabar je la.. 4GB tu penggunaannya dari 2 pagi hingga ke 8pagi. Dan 4GB
seterusnya pula start 8 pagi hingga la ke 2pagi tu balik. So sekarang ni dek
kerana takut penggunaan GB cepat habis belum sampai masanya, saya terpaksa la
kurangkan online.
Before
ni internet la yang saya ngadap. Sekarang ni tak dapat dah nak buat camtu.
Terbatas. Kalau saya nak pakai pun kena hati-hati jangan sampai terbabas guna.
Kang sia-sia je menung berhari-hari nak tunggu dia reset balik.
Dan
kalau siapa kadang perasan saya ada singgah tinggal jejak ke apa, saya kejar
masa guna internet waktu pagi. Antara pukul 7 ke pukul 8 pagi saya online.
Itupun kalau pagi saya tak bz. Kalau nak kena siap minum pagi yang heavy,
memang saya tak dapat on laa..
Dan
buat kawan-kawan yang baru add saya, jangan mara ye kalau saya lambat jejak.
Tak kira la lambat sehari 2 ke, berminggu ke.. Bukan saya sombong. Tapi sebab
saya nak on terhad. Takpe, tinggalkan je URL blog korang yang komen entry ni
pun boleh. Senang saya jejak if terlepas pandang.
Tapi
yang tak bestnya bila kita tak dapat nak baca kisah terkini kawan-kawan. Dan
kawan-kawan pun dah tak singgah blog kita. Sedih. Bila buka nuff, tengok kawan
yang singgah kadang takde. Kadang sorang 2 je. Hukhukhuk.
Nak
tanya, ada ke sapa-sapa yang guna celcom wifi kena macam yang saya kena ni??
celcom wifi pun boleh kena godam ke?? Alangkah indahnya kalau dapat pakai
streamyx unlimited. Memang syok nak upload gambar sekali dalam entry.
Tunggu
dapat balik ipoh nanti, saya nak online puas-puas. Nak upload gambar puas-puas.
Taip entry siap-siap, then set masa je. Kasi balas dendam sikit. Hehe. Macam
sekarang ni, segala entry saya terpaksa simpan dalam word dulu. Pastu pagi bila
online saya copy letak di blog. Senang sikit kerja.
Ok
laa, kalau ada sapa-sapa yang mungkin baru dengan blog saya, jangan mara tau.
Even sebelum ni saya pernah share yang saya tak dapat nak online sangat, tapi
ada juga yang tinggal jejak, nak minta follow balik macam, nak kita follow
cepat2. Don’t worry, saya mesti balas if saya dapat link blog awk semua ye.
Nota
: nak balas komen kat blog sendiri pun tak sempat.
Assalamualaikum..
hai semua..
Harini
kita share resepi lagi ye. Sejak jadi housewife ni, kerja utama mestilah masak.
Karang tak masak, cik abng balik muka masam pula.. hehe
Harini
share resepi simple je. Ni kira hentam je la masaknya, ikut bahan yang ada.
Bahan-bahan
:
-
Kacang
panjang
-
Tempe
-
Ikan
bilis sedikit
-
Bawang
merah (dihiris)
-
Bawang
putih (dihiris)
-
Cili
masak
-
Sedikit
garam
-
Sedikit
kicap
-
Sedikit
minyak untuk menumis
Cara-caranya
:
-
Goreng
tempe dahulu sehingga garing. Sebaiknya tempe jangan dibasuh tau. Nanti lembik
dan ianya takkan garing.
-
Bila
garing angkat dan toskan minyaknya.
-
Tumiskan
bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.
-
Bila
garing, masukkan pula cili masak & garam secukup rasa.
-
Masukkan
kacang panjang. Kacau sehingga masak dan masukkan sedikit kicap.
-
Akhir
sekali masukkan pula tempe yang telah digoreng garing tadi. Kacau rata.
-
Siap
J
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons