Dulu Dan Sekarang

Saturday 8 April 2017

Dulu Dan Sekarang


Assalamualaikum.. Selamat Malam.. Malam ni kita online sekejap jenguk blog. Dah lama tak dapat buka blog dengan aman macam malam ni. Maklumlah, dah anak 2. Tugasan bertambah. Tanggungjawab apatah lagi. Allah dah beri Amanah kepadaku untuk 2 orang cahaya mata ni.



Sejak dah jadi ala-ala supermom ni, memang tak berapa sempat nak berceloteh kat blog sendiri. Rindunya zaman dulu.. Yela, mana nak sama dengan sekarang ni kan? Dulu bujang.. Sekarang dah berkahwin.. Dulu belum ada anak. Sekarang dah beranak 2.

Memang hebatlah mak-mak yang mampu berblog, dengan adanya anak kecik. Kita sekarang ni berblog pun kena curi-curi masa. Nak buka laptop ni pun ada masa-masanya. Karang elok si kakak tido, adik bangun. Elok si adik tido, kakak bangun.

Tapi segala job yang diberikan in shaa Allah la akan dilaksanakan dengan sebaiknya. Amanat orang kan.. Tak berani juga nak diabaikan. Sebab? Sebab tu pun salah satu rezeki daripada Allah untuk kita. Yela, rezeki kan datang dalam pelbagai bentuk.

Dunia blogwalking ni rasanya macam dah jauh ditinggalkan.. Rindu sebenarnya nak blogwalking. Baca kisah kawan-kawan. Yela, dulu kerja. Time kerja dah selesai, memang berblog la sebagai isi masa terluang..

Apa-apa pun beza nya dulu dan sekarang, ada hikmahnya.. Allah wujudkan perasaan RINDU.. RINDU terhadap semua kenangan lalu.. :)


4 comments

  1. Mira salute dengan Mommy2 yang still boleh berblogging walaupon sekejap. Mira future nanti entahlah macam mana . Hahaha. Btw sekarang tengah blogwalking. Have a happy weekend kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy monday anis. 😉😉
      Akk pun salute kt mereka yng lain.
      Hebat dorang.

      Delete
  2. Macam mana nak sama mcm zaman bujang, dulu single skrg dh berempat. Heee

    ReplyDelete
  3. sama la kita sejak #makanakdua nih.... tak tahu la nak kata apa kekadang rambut pun tak sempat sikat.....hahahaha

    ReplyDelete