Kek Pelangi 3 Warna

Thursday 2 March 2017


Kek Pelangi 3 Warna

Assalamualaikum.. hai readers. Dah memalam ni tak tahu nk story apa. Kita cerita pasal kek boleh? Haha.. sebab tengok ada bahan dalam fon ni, so jadilah kan. At least terupdate juga blog ni.


Cerita 2malam yang lepas. Teringin sebenarnya nak makan kek. Makanya godaklah tepung. Sampai tak tengok mentor tau. Dek kerana nak layankan anak tekak, gigihlah dok kat dapo. Hehee.. Mood tengah baik, baby pun elok je tido. Lagi la tenang nak buat kerja kan. 

Korang nak resepinya tak? Meh kita share.. 

bahan-bahannya :-

📌1 ³/⁴ (satu tiga per empat) cawan planta (saya guna 1 1/2 (satu setengah) sahaja

📌1 1/2 (satu setengah) cawan gula halus

📌2 1/2 (dua setengah) cawan tepung naik sendiri

📌5 biji telur (saya guna telur yang disimpan dalam suhu bilik ye. Bukan yang simpan dalam peti sejuk)

📌Pewarna ( merah & hijau)




cara-caranya :-

- pukul planta & gula halus sehingga kembang @ nampak putih sedikit
- masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau adunan
- masukkan tepung sehingga habis

bila adunan dah siap, bahagikan kepada 3 bahagian
merah, hijau dan original.


Haa, senangkan?

Ni sambil niat nak update blog, kita dah terkongsi 1 resepi. Korang boleh la try ye. Selamat mencuba. 👌

4 comments