Menu For Today

Wednesday 24 August 2016

Menu For Today

Assalamualaikum.. Selamat petang.. Harini terajin pula nak update blog, pastu tengok-tengok entry pasal makanan. Alaaaa, bukan nak tunjuk yang kita ni terror masak pun. Tak ye.. Saja suka-suka.. Rasa macam dah lama sangat tak letak gambar makanan kat blog ni.. Nak-nak masakan sendiri.

Bila dah jadi housewife sepenuh masa ni, then dah pegang title mama dan isteri, tentunya pikiran ni lebih kepada pengurusan rumahtangga. Yela, bila tak kerja di luar rumah, haruslah buat kerja didalam rumah dengan sebaiknya kan?

Part palinggggggg susah bila pikir lauk hidangan tuk makan seisi keluarga.. Ehh, macam ramai sangat je ahli keluarga kita ni kan. hehehe.. Yela, walaupun baru 3 orang, kenalah sediakan apa yang patut. Baru la cik abng balik kerja buka tudung saji sambil tersenyum girang. hahaaha..

Harini tiba-tiba pula nak masak sambal petai. Walhal hari jumaat ke sabtu yang lepas baru je masak. Ada balance petai untuk sekali masak lagi, so apa lagi, kita kerjakan la petai itu menjadi petai. Hehehe.. Ikutkan dulu kita ni bukanlah jenis makan petai tau. Tapi dek kerana ada 1 hari tu berada kat umah mil, perut tengah lapar, adik ipar pula masak sambal petai. Baunyaaaa jangan dikatalah kan? Wangi semerbak!..

Haaaaa, apa lagi, terlupa diri sebenarnya tak makan petai, tapi dek kerana bau tu, terus tersuka makan sambal petai. hehehe.. Sedap rupanya sambal petai ni kan.. Patutlah orang kalau dah makan sambal petai ni, menaikkan selera!..

Ayam goreng 2 ketul tu buat khas untuk cik zara. 2-2 dia habiskan. Licin. Hebat betul zara ni. Agaknya sebab pagi tadi dia tak nak makan lempeng pisang, so lapar sangat la tu. Ayam tu dok ratah je camtu..

Sayur!.. Haa, masak la lauk apa pun, sayur wajib ada walaupun 1 jenis ke. Karang sejenis sayur pun takde atas meja, mau ddy zara tanya 'sayur takde ke harini'.. haha..

Bila dah settle makan malam untuk seharian tu, perkara yang paling memeningkan ialah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Esok nak masak apa? >_<



Stressss..!

4 comments

  1. SA kan..kalau bab ayam goreng mmg kalah..hahahaha....

    ReplyDelete
  2. begitulah jadi mak, pening yang tak berkesudahan

    ReplyDelete
  3. Setiap kali nak masak... Pening jugak nak fikir masak apa. Nak2 ada suami dan anak-anak... Masing2 lain kehendak. Haha...

    ReplyDelete