Open House!

Friday 29 July 2016

Open House!

Assalamualaikum. Hi.. Salam Jumaat penuh Barokah!.. =)

Open House? Mood raya? Siapa masih dalam mood raya? hehehe.. kita? Erm.. Mood open is coming la! =)

Mood raya tu ada la berbaki sikit kan. Tapi mood open house ni kemain je rasanya. Sebab? Bila ada jemputan open house, confirm la dalam pikiran ni makan,makan,makan!.. Betul tak?

Sejak zara dah besar sikit ni, dah senang nak handle, syok la nak pergi open house kan? Kalau anak takmo duk diam, mau merengek je, memang surrender la nak pergi umah orang.


Bermula dari Sabtu lepas, pergi umah pegawai ddy zara. Mejar sapa ntah namanya. hehe.. Dekat je ngan umah kitaorang. Jalan kaki pun boleh sampai la ceritanya. Heheh.. Masa tu kebetulan pagi kitorang keluar ke pasar pagi. So beli la makan pagi pape kan. Balik tu pergi sana sini, sampai umah dah pukul 12lebih tengahari. So, rehat je la. Tunggu masuk zohor, standby solat then bersiap.

Yang bestnyaaaaaaa kan... Dapat makan laksaaaa!! Sedap sangat. Sebiji macam mak selalu buat. Nak menambah masa tu kenyang pulak. So, memang tak repeat makan la. hehehe..

Ahad ddy zara duty. So duk la umah diam-diam. Isnin pun takde kemana, sekadar keluar beli barang basah je la..

Start selasa pergi open house dalam kawasan umah dalam kem ni juga. Cuma blok belakang. Makan mee kari. Ehh, menu lain ada. Tapi teringin nak mee kari. Teringin tu terbalas juga akhirnya. hehehe..

Hari rabu pun ada juga kawan menjemput. Umah taman kat luar. Merasa lagi mee kari. Sedapnya kawan tu buat. Pandai. Kita nak buat pun tak terbuat-buat lagi. heheheh

Khamis semalam pun ada lagi.. 2 rumah kitorng pergi. Semua kat luar kem. 1 kat sekitar gemas ni juga. 1 lagi di Batu Anam. Yang di Batu Anam tu, akk tu cakap ada buat marhaban. Alang-alang jemput la sekali. So semalam makan bihun sup dan roti jala. 

Settle makan malamku. Ingat nak masak. Sebab kebetulannya lauk siang udah habih. hahaha.. tengah pikir nak buat lauk apa, sambil siang ikan bilis, ddy zara cakap siap-siap, lepas maghrib kita kuar pergi open house. *opkos hatiku riang* hahaha

Tanya ddy zara, harini nak pergi pasar malam tak petang. Dia cakap tak. Tapi pergi open house lagi. Kat Palong. ohoiiii.. Best tu asik makan je. So lauk siang buat aje la yang simple-simple kan. 

Semalam kitorng gerak 6 biji kereta kut masa ke rumah di sekitar gemas. Masa nak ke Batu Anam 3 biji kereta je.  Harini tak tahu berapa biji kereta akan follow sekali. Best juga kan konvoi raya ni. hehehe..

Now waiting jamuan raya kat kem je.. hohohoh.. Setiap peluang untuk makan-makan takkan disia-sia kan. haha! :p



nota : umah sendiri belum berOpen house lagi. in shaa allah ada rezeki duduk tingkat 1 nanti baru rancang nak buat. sebab umah tingkat 4 ni macam tak sesuai je nak buat. kesian tetamu yang datang. ehhh, silap haribulan takut takde yang nak datang sebab kena menapak ke tingkat 4 tu. ada lift ok la kan? huhu

4 comments

  1. Assalamualaikum mimie..bestnya pergi open house.. merasa la bawa anak2 g ziarah saudara mara belah suami. Meriah gila kan bila open house. Sheila pun sama rmh sewa ni takde buat open house lagi. Hahahaha nk jwb soalan mimie pasal mkn jamu tu. Memang kalau tak mkn, effect ohh dalaman kita. Tu yg sheila rasa kesannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Mcm kita ni open house kawan kje suami. Sdra mara xde pn. Hehe.
      Teringat lpas pntng zara. Sakitnya tang lutut..

      Delete
  2. mimi.
    raya ke2 ari tu 1st time aida beraya kat gemas.
    famili side biras :)
    aduhai, on the way tu trafik keras jugak :(
    ikut jln dalam dari tol simpang ampat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. Yeke..
      Gemas pergi kat mna tu..
      Hritu rya kedua pn kita grak blik sgmat. Tp dh kurang skit jem. Mybe tghri kut time tu.

      Delete