Berbuka Ala Kadar

Thursday 23 June 2016

Assalamualaikum.. Hi!..

Berbuka Ala Kadar | Setakat dah 2minggu lebih ni berpuasa, alhamdulillah la.. Belum lagi berbuka dekat luar. Teringin nak berbuka ramai-ramai kat kampung segamat tu. Tapi belum bekesempatan. Nak berbuka dengan mak ni jauh sekali la kan. Mak jauh kat ipoh. Tapi mujurlah tahun ni adik ada 2 orang kat umah tu. Dapat la mak berbuka berempat. Kalau tahun lepas mak kata berbuka berdua je. Sedih sangat. Nak masak pun macam takde semangat.

Sedih je dengar. Nak balik berbuka kat ipoh pun tak dapat. Masuk tahun ketiga berpuasa ni memang berpuasa sendiri la kat gemas ni. setakat berbuka sendiri dengan my small family ni, berbuka pun beringat. Ala kadar sahaja. Setakat ni juga la, belum lagi berbuka dengan lauk beli. hihihi.. Tak berani nak membeli. Sebab takut terkena nanti cepat basi. Last-last kena juga masak. Betul tak?





Setakat berbuka ni menu saya wajib ada kuih. Tak kira la kuih apa pun. Janji ada kuih. Selalunya teringin karipap je la. hihihi.. nak cari karipap sesedap mak buat, memang la tak dapat kan. Nak membuat belum berkesempatan nak menguli tepung. Lepas tu standby lauk. Selalunya malam memang tak makan nasi pun. Sebab tak boleh nak masuk. Harapkan masa sahur je la makan nasi sikit.

Tapi beruntungnya bagi korang yang dapat jemputan berbuka tu kan. Dapat makan ala buffet dengan lebih 400 menu disediakan! Merasa la berbuka diluar dengan menu-menu pilihan. Betul tak? kalau dah menu sampai beratus tu, tak kan la takde 1 yang kena dengan tekak kan? Amboiiiihhhh high taste sangat laaaa kalau semua tak berkenan. haha..


4 comments

  1. sedapnya karipap tu..nak2 makan panas2 tu

    ReplyDelete
  2. Sepanjang puasa ni PC pun beli kuih sikit-sikit..yang penting habis di makan :)

    ReplyDelete
  3. baru tadi menguli tepung dgn ibu dan adik2 buat karipap frozen.

    ReplyDelete