Antara Sikap Pelik Semasa Hamil!

Monday 23 May 2016

Assalamualaikum.. Hai!..



Terjumpa gambar ni.. Rasa macam menarik je nak share. Teringat masa mengandungkan zahra dulu..

Just nak tengok apa agaknya sikap pelik yang tertulis diatas ni terkena kat diri sendiri. hihi..

1. Kuat Tidur - Rasanya nak kata kuat tido sangat tu, tak juga. Tapi memang rasa nak tido je. Badan naik lemau. hihi..

2. Mengigau - Haaaaaa, yang ni rasanya tak kut.. rasanya laaaa kan..

3. Selera Bertambah - Nak kata kuat makan tu takde la juga. Macam biasa-biasa je. Makan nasi pun takleh nak masuk sangat. Tapi lepas makan nasi, wajib makan roti. Kalau tak, rasa macam tak puas je makan.

4. Jadi Pelupa - Haaaa.. yang ni ada juga. Tapi rasanya normal la kan.Sebab tengok kawan-kawan lain pun ada gak camtu. Kadang tu iron baju. Suis dah tutup dah. Kadang cek lagi. Rasa was-was kang, cek lagi.. hehehe..

5. Suka kunyah Ais - Rasanya yang ni takde. Tapi gilerkan pearl coolblog je. Hat tu suka dikunyah-kunyah. hehehe

6. Mudah Merajuk - Rasanya buang masa je nak merajuk-merajuk ni. Sebab jenis saya jenis cepat terasa hati. Kalau merajuk ni macam mengada-ngada sangat. Tak berapa nak layan merajuk ni.. Buang masa.

7. Saiz kasut bertambah - Haaaa, yeke? Yela kan. Setengah orang kaki naik bengkak. Alhamdulillah, saya dulu boleh je pakai kasut yang ada. Sebab kaki elok tak mengembang atau bengkak. hehe

8. Emosi berubah-ubah - Haaaa, yang ni ada betulnya.. kadang tu kuat benar touching. Mara tu ada, tapi diam je.. huhu

9. Tak boleh masuk dapur - Erm... yang ni takde la teruk. Ok je masuk dapo memasak. Kang dapur tak berasap, sapa nak masak. Tak kan nak suh suami membeli je kan. Tak lalu aihhh.. alhamdulillah..

10. Masalah Kesihatan - Rasanya takde masalah yang pelik pelik sangat masa mengandung dulu. Cuma mabuk alahan aje la..


Ni je la perkongsian saya.. Nanti ada lagi boleh share kan.. ^_*

1 comment