Bila Dalam Kegelapan

Saturday 19 March 2016

Assalamualaikum..

Kisah 2 hari lepas.. kisah hari khamis malam jumaat.. Masa petang pukul 3setengah, tiba-tiba takde letrik. sampai ke pukul 5 petang. boleh gagah lagi la sebab cerah kan. Tapi bila malam jadi balik, rasa macam bengang je 1 badan.


Start pukul 6setengah, tiba-tiba bergelap balik. Masa tu niat nak masakkan bubur lambuk untuk zara. Sebab dia macam jemu nak makan nasi. Bila dah bergelap, cepat-cepat la buat kerja. Siap bahan. itu pun ada je bahan yang tertinggal. 

Bubur lambuk tapi macam boleh dipanggil bubur lambak kut. Tapi bila bagi zara makan, dia makan penuh selera, Allah, syukur sangat. Dalam mamanya kalut-kalut buat kerja, dia mintak dukung, dia makan juga.

Bila pikir balik, kita ni bergelap sekejap dah bising. dah rasa nak maki, mara.. Tapi orang lain yang hidupnya tu susah, memang bergelap sepanjang malam, tabahnya..

Terkenang sekejap mereka yang susah.. Allah.. Kuatkan hati & perasaan ni selalu..

2 comments

  1. gelap tu takpe sebenarnya, yang tak tahannya panas..tapi betul cakap awak, boleh latih diri bersyukur kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.
      gelap ok.
      tang panas tak berkipas tu yg seksa.
      lelebih anak2 plak merengek kepanasan.
      hu hu hu...

      Delete