Nak Jimat? Jom Cuba 6 Tip Ini.

Thursday 28 January 2016

Assalamualaikum..

google

Kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini turut memberi kesan kepada peningkatan perbelanjaan barangan keperluan membesarkan anak.

Siapa yang tidak mahu berjimat dalam membelanjakan wang. Tetapi dengan peningkatan harga pada kebanyakan barangan keperluan seharian, kita tidak mampu untuk melaksanakan amalan berjimat cermat.

Apatah lagi sekiranya ia melibatkan barangan keperluan wajib seorang anak. Kita sedia maklum, kos untuk membesarkan seorang bayi melibatkan 'harga' yang sangat mahal. Keperluan wajib seperti susu, lampin pakai buang, pakaian, makanan dan lain-lain diketahui mahal harganya.


Sebenarnya anda boleh melakukan penjimatan dengan syarat bersedia untuk membuat perubahan. Mungkin cara berikut ini boleh dipraktiskan dalam membantu anda berjimat.


1. Bagi susu ibu berbanding susu formula

Fakta ini memang tak boleh hendak disangkal lagi. Anda hanya perlu buat untuk tempoh setahun sahaja. Bayangkan berapa banyak duit yang anda boleh jimat sekiranya memilih memberi bayi minum susu ibu berbanding susu formula.

Jika anda ibu berkerjaya, anda hanya perlu membeli pam payudara dan aksesori tambahan menyokong penyusuan susu ibu. Ia hanya melibatkan pembelian sekali sahaja dan harga pam bergantung kepada kemampuan anda.

Tetapi jika anak minum susu formula, anda perlu membeli antara dua hingga tiga tin susu setiap bulan bergantung kepada kekerapan anak menyusu. Bayangkan jika harga setin susu pilihan anda adalah RM50.

Jika sebulan sebanyak RM150 perlu diperuntukkan untuk tiga tin susu. Jika setahun? Bagaimana pula tiga tahun?

2. Pakai lampin kain moden berbanding lampin pakai buang

Ramai ibu bapa yang masih tidak biasa dengan amalan memakaikan anak denan lampin kain moden. Mungkin memikirkan sukar untuk mengendalikannya berbanding lampin pakai buang yang hanya perlu dibuang sahaja selepas menggunakannya. Jika difikirkan harga, memang sekeping lampin kain moden agak mahal berbanding satu pek lampin pakai buang. Tetapi jika anda mengira kos penjimatannya untuk jangka masa panjang, tentu anda tidak akan ragu-ragu untuk memilih membeli lampin kain moden.

3. Masak makanan sendiri bayi

Kalau bayi anda sudah mula makan makanan pejal, lebih baik anda masak sendiri makanan untuknya berbanding membeli makanan bayi segera. Tak sempat? Jangan bagi alasan sebelum mencubanya.

Sebenarnya masak sendiri makanan bayi anda lebih jimat, menyihatkan dan sedap serta bebas daripada sebarang bahan pengawet. Anda boleh jimat masa dan wang ringgit kerana makanan bayi boleh dimasak dalam porsi yang besar dan boleh dibekukan untuk kegunaan beberapa kali kerana bayi hanya makan dalam porsi yang kecil sahaja.

4. Membeli belah di jualan gudang/ekspo

Sekarang ada banyak jualan gudang atau jualan ekspo barangan bayi. Anda hanya perlu menyimpan tarikh jualan tersebut diadakan dalam tempoh setahun dan boleh buat perancangan barangan apa yang hendak dibeli.

Biasanya harga barangan bayi semasa jualan gudang atau ekspo jauh lebih murah berbanding dengan harga di kedai biasa. Anda boleh membeli dalam jumlah yang banyak untuk kegunaan jangka masa panjang. Jimat bukan?

5. Jangan lepaskan peluang jualan murah

Di Malaysia, ada banyak diadakan jualan murah di hampir semua pusat membeli belah. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk membuat pembelian ketika berlangsungnya jualan murah tersebut. Anda dapat menjimatkan wang.

6. DIY alat permainan

Si kecil tak perlu menggunakan alat permainan yang mahal dan berjenama untuk bermain dan bergembira. Ini kerana dengan kreativiti anda boleh menjimatkan wang daripada membeli alat permainan untuk si manja.

Bayi tetap boleh belajar dan merangsang pelbagai kemahirannya dengan bermain barangan di sekeliling rumah seperti kotak, mangkuk, sudu, sudip atau ibu boleh buat sendiri permainan bayi.
 



sumber : sini

2 comments

  1. Good info...tq for sharing...penting ni untuk kegunaan masa depan hehe...

    ReplyDelete
  2. ikutkan semua tips tu..diguna pakai zaman dulu kan..dulu mama Fida bagi kami adik beradik pakai lampin yang boleh basuh tu je..

    ReplyDelete