Holiday Hujung Tahun 2015 (Part 3)

Monday 28 December 2015

Assalammualaikum.. Hai readers..

Sori.. Banyak part bab holiday ni.. Huahaha.. Sebab ddy zara cuti 1 week kan.. So banyak la story sepanjang tempoh cuti tu.. Walaupun tak menarik mana, yang penting cuti tu dipenuhi sepanjang masa.

Sambung kisah hari khamis pula eh..

24.12.2015

Pagi tu tak kemana pun. Petang baru keluar gerak ke PD. Nak jumpa mak. Mak abah turun sana. Jumpa semalaman je pun. Tak sempat nak ke Pantai. Yang penting dapat luangkan masa dengan dorang. Mak abh tido umah makcik kat sana.. So kitorang pun bermalam kat sana juga..

25.12.2015

Hari jumaat pagi tu ingat nak turun ke Pantai. Kunonnya la.. Tapi adik sedara takmau. Maksu zara pun takmau, jadinya duduk je la umah diam diam. Hee..

Petang tu baru keluar. Singgah ke kebun tempat pakcik kerja. Masa tu cuaca petang panas lagi. Ingat nak bagi redup jap, baru ke tempat kebunnya, tup tup hujan selebat lebatnya. Jadinya berteduh dalam umah je la.. Nak bagi zahra bebas kat luar pun tak boleh.





Actually kat situ bukan ada kebun je, tapi ada homestay sekali. Lupa pula nak snap sekitar tu. Yela, hujan kan. Malas nak pegang fon. Hihi..



Duk lepak dalam umah je. Pastu terjumpa kereta sorong kecik ni. Comel je. Letak zara, tarik dia. Cute je.. Ala ala anak mat saleh gitu.. Haha..



Lepas je mak abh semua balik dari kebun, dorang rehat jap. Solat dulu, pastu petang tu dalam pukul 6 lebih, kitorng gerak balik ke melaka balik. Mak abah follow makcik balik ke umah makcik balik. Rasa macam kejapnya la hai jumpa mak abah. Serius.. Rasa kejap bebeno.. Tak puas bagi dorang layan zara.

Ok.. Stop kat sini dulu la ye.. Hehehe.. Nanti kita sambung cerita seterusnya pula.. ;)

7 comments

  1. salam kak! zahra comel sangat duk dalam tu!

    ReplyDelete
  2. cntik la keta tu..
    utk apa sebenarnya ?

    ReplyDelete
  3. comelnye zahra dlm kereta tu, beli mana ye?

    ReplyDelete
  4. kerete tu comellll.zahra pon comellll

    ReplyDelete
  5. wahh p PD! jijah duk PD jem gila..mmg xkuar! ramai betul org p pantai time cuti2 panjang tu

    ReplyDelete