Assalamualaikum..
Salam syawal buat semua kenalan islam..
Sekarang
dah 33week. Apa yang saya perasan, makin menjadi-jadi pula allergic saya ni
pada sesuatu makanan tu. Think positive!.. Allah sayangkan kita. Suh kita jaga
makankan?
Sebelum
ni saya perasan tak boleh makan daging. Ok la saya tak makan. Pastu ayam. Ada juga
berpantangnya. Tapi dah namanya raya, confirm la ada rendang daging, rendang
ayam kan?
Tak
kan nak tengok je. Kempunan pula nanti. Demi nak merasa, langgar juga pantang
larang tu. Makan juga la sikit. Makan dalam keadaan beringat. Masa kat umah
m.i.l, makan sambal bali daging. Daging 2 potong kecik je. Sekali malam tu…
haaaaaaa, hambek.. menggaru la ko.. rasakan..
Pastu
esoknya (raya kedua) balik kampong saya, sekali tengok dorang masak sup daging
+ jagung. Fuhhh, sedap tu.. sekali teringat.. alaaaaaaa, daging.. mana boleh
makan.. T_______T
Tapi
dek kerana nak juga rasa, makan la sup daging tu.. malam tu menggaru laaaaaa
lagi.. tido sambil standby minyak kat sebelah. Tapi mana nak lut ye kalau dah
sapu minyak pun. Rasa gatal lagi hebat. Last-last malam tu tak tido dek kerana
syok menggaru.
Pastu
semalam pagi, kat kampong makan nasi goreng. Pastu ambik la telur mata sikit. Alaaa,
makan separuh je.. pastu terasa sikit dah gatal-gatal. Tak syak pape pun. Sebab
xkan makan telur pun boleh gatal kan??
Sekali
harini, en.suami cakap minta gorengkan telur. So saya buatkan je la. Kebetulan saya
masak sambal udang. Tak berani dah nak makan. Confirm gatal badan nanti kalau
makan. Ada juga niat nak merasa. Tapi tak berani. Last-last makan la telur
goreng sikit dengan sayur..
Sekali
time mandi nak solat maghrib tadi, menggaru la sana sini. Kat perut dah
merah-merah,kaki, tangan semua gatal. Nak kata kena gigit nyamuk, tak nampak
pula kelibat nyamuk berdekatan. Sah! Allergic dah makin menjadi-jadi!.. tak
boleh makan telur pula.. Ya Allah.. bertabah je la.. lepas ni nampak gaya makan
nasi + kicap + ikan bilis je la.. takpe, bertabah la demi baby.
Haritu
masa checkup pernah tanya nurse. Tapi nurse cakap kalau teruk sangat datang la
balik. Nurse pun macam blur-blur je.. macam tak semangat je gayanya.. tu yang
malas nak ke klinik tu. Cuma katanya elakkan dari makan. Then elakkan dari
bubuh minyak yang berangin kat perut sebab nanti baby pun boleh rasa sama. Baiklah.
En.suami
lagi best ayat dia.. ‘ayang ni sejak nak turun ‘enjin’ makin menjadi-jadi gatal
sana sini..’ T_______T
Bukan
kemain lagi ayat dia tu.. tahu apa maksud ‘turun
enjin’?? haha.. maksudnya makin dekat nak beranak ni, makin menjadi allergic
nya.. mentang-mentang la unit woksyop, bukan kemain dia samakan nak beranak
dengan turun enjin.. :p
Sian
anak mama ni kan.. haha.. ayah awak tu macam-macam. Mula-mula saya confius
juga.. turun enjin?? Haha.. rupanya tu la bahasa dorang.. bila dia cakap camtu
saya gelak je la.. turun enjin tak rasa pape. Beranak boleh rasa sakitnya..
Takpelah..
baby nak lahir pun tak lama dah.. so mungkin Allah nak kita latih dari sekarang
kan, jangan makan sembarangan.. nanti dalam pantang kita juga yang senang kan?
Fikir
positif.. J
menu harini.. setelah beberapa hari cuti masak. haha :P
Psst
: cerita raya tunggu ada gambar la eh.. hehehehe..
Assalamualaikum..
Salam 3syawal.. Kejap je dah 3syawal kan? Korang dah puas beraya?? Me? Biasa biasa je..
Alhamdulillah dapat beraya dengan mak even kejap. Dapat juga beraya dengan m.i.l.
Saat entry ni ditaip, terasa seperti diri diduga. Mata tak boleh nak lelap!! Bayangkan pukul 3 lebih ni segar bugar!!!!! Tapi rasanya boleh lelap kejap tadi.. Tapi tak sure berapa lama..
Dek kerana badan gatal gatal, tergaru sana sini terus x senang nak tido.. Tak pasti ni angkara nyamuk atau allergik makan daging.
T____________T
Degil. Dah tahu tak boleh makan, nak juga rasa.. Dah tu sup daging is my fav. Tak kan nak tengok je kan??? Kalau kerana nyamuk, kenapakah en.suami boleh lena diulit mimpi?????
Saat paling paling palinggggggg terduga, gusi dibelakang geraham bongsu sakit.
T__________T
Bengkak barangkali. Punca tidak dapat dikenalpasti.. Ya Allah.. Bertabah sajalah.. Apa yang patut dibuat bila diuji begini?? Kenapa gusi boleh bengkak??? Macam mana nak kasi elok?? Any idea?
Help me plissss..
Saat begini juga si kecik sangatlah aktif.. Baby teman mama ye sayang..
Hukhukhuk..
Bersabar je la.. Kuatkan je la hati saat menanti esok pagi!!
Assalamualaikum
buat semua rakan-rakan yang dikenali..
Alhamdulillah..
setelah sebulan berpuasa akhirnya kita bertemu di pagi syawal nan indah ini..
Tahun ni raya
pertama saya di rumah mertua. So tak perlu nak pening-pening nak raya kat mana.
Hehehe..
InsyaAllah
juga raya pertama ni my mum akan datang beraya kat umah my mother in-law. So saya
dapat beraya dengan kedua-dua mak la.. hehe..
Niat mak saya
nak menjengah la besannya..
Mood raya
saya tahun ni slow je.. Mungkin sebab keadaan diri kut. InsyaAllah tahun depan
meriah la dengan kehadiran si kecik ni..
So,
dikesempatan ni saya nak Ucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.
Seandainya ada
salah dan silap saya sepanjang saya kenali awak semua, harap dimaafkan ye..
Jika ada komen-komen yang mengguris perasaan, harap dimaafkan..
0-0 ye.. J
google
Assalamualaikum
semua..
Malam ni
still dapat online macam biasa. Masih boleh lepak-lepak depan tv dengan
en.suami. boleh godek-godek blog, fb macam biasa.
Start tahun
ni dah tak kalut nak balik raya. Tadi sambil lipat kain baju, kemas sekali
siap-siap. Settle kerja.. kehkehkeh..
Start tahun
ni balik raya tak perlu kalut-kalut dah. Ehhhh, selalu kalut ke? Ada la sikit
kut. Sebab dulu kan balik kampong ngan family. Jadi kena la tolong apa yang
patut kalau ada yang tak settle kat umah.
Mak pula
menjait baju orang. Kadang tak siap, jadi kena juga tolong apa yang patut. Start
dah duduk dengan suami kat gemas ni tak perlu nak kalut ke apa. Sebabnya dari
gemas kalau nak balik ke Melaka (umah m.i.l) paling lama pun 2jam.. hahaha
Kalau saya
nak balik kampong mak kat segamat 1jam. 2-2 perjalanan dah tak perlu tempuh
jem. Ohhh, rindunya suasana tu. Even orang tak suka, tapi kerana jem tu juga la
kadang kala mewujudkan nikmat nak balik kampong kan? Start duk gemas ni, nak
balik raya tak lalu highway dah.. lalu jalan kampong je..
My mum dari
ipoh esok bergerak 2kereta. Hope mereka tak tersangkut la dalam jem. If tersangkut,
adatlah kan.. nak buat macam mana. Dah memang kenderaan banyak atas jalanraya..
ye dok?
Hope perjalanan
mereka semua dilindungi.. saya pun bergerak esok juga. Tapi masih boleh singgah
sana sini.. maklum la.. balik Melaka dulu tahun ni.. sempat la kut kalau nak
singgah tesco, jusco dulu.. hehehe
Apa-apa pun,
buat kawan-kawan yang akan bergerak balik kampong esok, hati-hati di jalanraya ya..
J
google
Psst : senyap
sunyi la blog seketika kan.. hehe
Assalamualaikum..
Lagi 2hari je
dah nak raya kan.. Kejap je dah nak habis puasa.. Alhamdulillah.. Dapat
berpuasa dalam keadaan berbadan dua ni.. Walaupun mula-mula agak risaukan
baby..
Syukur baby
memahami. Setakat ni cuma sehari je xdapat berpuasa penuh. Atas sebab tertentu.
Bukan saja-saja tau. Dek kerana risaukan baby yang kurang gerak time tu
terpaksa 1/2 hari je..
Bercerita
pasal raya, macam mana dengan persiapan raya awak semua? Saya? Dah tentu juga
takde. Sekadar ala kadar je.. Mood nak beraya tahun ni takde. Urusan lebih
tertumpu pada baby yang bakal lahir. Persiapan lebih ke arah tu. Itu pun ada
yang tak complete lagi.
Baju raya : En.suami belikan sepasang.
Jadilah.. Mak buyong susah nak cari baju. Ikutkan tak beli pun xpelah.. Pakai
je baju yang ada. Maklumlah, duk cari jenuh nak jumpa.. Asik tak berkenan
sesaja.. Mood sentap sendiri.. Haha
Handbag : Tak beli pun. Pakai je handbag bonia
dapat masa hantaran kawin tu. Memang masih elok pun. Takyah membazir.
Kasut raya : Ehh, tak perlu kut. Lagipun
bukan larat nak jalan sana sini sangat. Pakai aje kasut yang ada tu. Lagipun
bukan orang nak tengok kasut yang kita pakai kan.. Haha
Tudung dan aksesori : Takde mood
nak pikir. Haha.. Pakai aje yang ada ye.. Lagipun sume tu bukan basi. Recycle
aje.. Kehkehkeh
Kuih/biskut raya : Tahun ni tak
buat ye. Oven tarak lagi.. Then dah sarat macam ni tak larat nak membuatnya.
Jadi kalau nak ada pun harap yang tunjuk2 aje la ye.. Kahkahkah
Persiapan umah : Tak buat
pape pun. Maklumlah, orang baru nk pandai duk berdua kan.. Auuuwww... Haha..
Kemas ala kadar aje dah la.. Takyahlah datang umah kita ni dulu ye.. Lagipun
mesti takde yang sanggup nak menapak anak tangga sampai tingkat 4 ni.. Sampai
atas minta nyawa okeh! Semput. Saya pun rasa xsanggup..
Lemang/rendang/ketupat : Yang ni kita pulun makan puas puas kek umah mak mertuo yo.. xpun bilo balik segamat.. Kahkahkah.. Baru ada feel raya kan.. Setakat buat rendang memang la senang.. Tapi kalau setakat makan berdua xbest la..
Kad raya : Tahun ni xhantar pun kad raya.. Hukhuk.. Rasanya ada yang bagi kad raya kat saya.. Tapi alamat ipoh.. So tunggu saya balik ipoh bulan 8 ni ataupun suh adik bawak kan time balik johor baru kita tengok ye.. Hehehe
Nak bagi
alamat gomeh ni, boleh pula orang lama x buka lock dia kat petisurat tu. Dh la
x tinggalkan kuncinya.. Nampak gaya tunggu kitorang kopak kuncinya dulu la..
Mood raya : PENTINGKAN? Tapi macam xde je.. Kahkahkah.. Raya ni xboleh nak sakan sakan sangat.. Takut kang terlupa diri terberanak awal pula.. Dah la nak pulun makan sangat pun tak boleh.. 4 ogos kena minum air gula.. T_____T
Apa lagi eh nak share? Nanti ada laie den kobarkan eh.. :p
Assalamalaikum..
Semalam saya
ada share menu berbuka kan.. Alaa, menu kita x gempak pun macam orang lain..
Janji ada pun dah okay..
Saya kalau
berbuka lauk masak sendiri, kalau nak makan mee ke, nasi goreng ke, buat
sendiri.. Setakat kuih je la beli nya.. Xkan nak buat kalau makan nya 3-4 ketul
kan..
So semalam
saya ada share menu berbuka 2-3 hari lepas. Ayam perap bergandingan dengan nasi
goreng.. Bajet dah sedap sangat lettew..
Haha..
Janji perut
cik abg kenyang ye..
Ni ayam perap
resepi mak saya selalu buat tuk makan nasi ayam.. Saya kehabisan idea nak
masak. So try buat ayam perap ni..
Insyaallah,
ikut tekak saya sedap je.. Ratah gitu pun sedap tau..
Bahan-bahannya
:
Ayam
(sebaiknya yang ada kulit la)
Bawang putih
Halia
Kicap pekat
(saya guna kicap biasa je)
Sos tiram
Garam
Cara-caranya
:
Bersihkan
ayam dan ketepikan.
Tumbuk bawang
putih & halia.
Campurkan
semua bahan tadi dah lumurkan pada ayam.
Perap la
dalam 3-4 jam kalau nak sedap.
Saya perap
1hari. Excited buat awal. Pastu malas nak goreng. Hihi.. Simpan dalam petiais
dulu..
So, selamat
mencuba yerk.. :)
Assalamualaikum..
Saja nak
tempek dalam blog.. Buat kenangan katanya.. Tapi kalau jengah waktu siang
jangan pula nanti terliur ye.. Hehehe..
Kalau terliur
pastu nak buat xpelah.. Yang tu wajib la buat ye..hehe..
Menu ni menu
2 hari lepas kut. En.suami duty, nasib la masak awal.. Kalau x, xmakan la cik
abg kita..
Hukhuk..
Pening tau
pikir menu apa nak buat, nak masak hari-hari.. Maklum la.. Kita ni bukannya pro
bab bab masak ni.. Nak kata pro bab makan pun x juga.. Haha..
Masak nasi
goreng bergandingan dengan ayam perap je.. Bajet dah sedap sangat dah tu.. :p
Ayam ni mak
selalu buat tuk makan ngan nasi ayam.. Tapi saya belum pandai nak buat nasi
ayam nya.. Hehe.. Lagipun nak makan berdua je, malas pula nak buat..
Nanti kita
share resepi ayam perap ni ye.. Mudah je.. Bagi tekak saya sedap je..
Alhamdulillah..
Rasanya sama macam mak buat.. Kira pass la ni.. Hahaha..
Sila la jamu
mata dulu ye.. Esok saya share resepi pulok ye.. ;)
Assalamualaikum semua..
Macam mana dengan persiapan raya? Baju raya, tudung raya, handbag raya, kasut raya dan sebagainya?? Masih ada yang belum sempat keluar shopping?? Tak sempat?? Tak sanggup nak bersesak dengan orang ramai kat luar sana?
Takpe, jangan risau.. sekarangkan zaman moden. Segalanya ada dihujung jari.. betul tak? Salah satu cara untuk jimat masa hanya shopping online. Rata-rata ramai juga yang memilih untuk shopping online kan?
Mudah, cepat dan pantas. Pilih, pilih dan terus pilih.. lagi mudah kerja yang dilakukan. Jangan risau, anda masih sempat lagi untuk shopping secara online. Jom singgah cuci mata . Jangan lupa grab la mana yang berminat ya. J
Wow!! Sangat-sangat-sangat cantik !!
Memandangkan zaman dah semakin moden, kini baju kurung bukan lagi 1 kemestian pada pagi raya. Kini ‘Dress Labuh’ juga menjadi pilihan pada masa kini. Ianya nampak menarik dan sangat mudah untuk digayakan.
Selain baju kurung peplum, baju kurung, baju kurung moden dan sebagainya. Jika saya, tentunya juga ‘Dress Labuh’ menjadi pilihan. Kerana ianya mudah digayakan dan selesa dipakai. ‘Dress Labuh’ juga boleh digayakan dengan menambah aksesori tersendiri untuk menyerlah kan lagi penampilan di pagi raya.
Namun untuk koleksi baju raya 2014 kita dapat lihat sesuatu yang baru apabila elemen moden seperti dress labuh telah digabungkan dengan ciri-ciri tradisional bagi menghasilkan maxi dress Muslimah atau dress labuh Muslimah.
Bagi tahun ini, dress labuh adalah pilihan paling popular dalam kalangan wanita di Malaysia. Bagaimana cara untuk menggayakan dress labuh untuk Hari Raya? Mudah sahaja, caranya ialah dengan memadankan dress anda dengan tudung terkini atau shawl wanita dengan warna dan corak yang sesuai. Ini adalah penting bagi memberikan penampilan yang bukan sahaja anggun malah bergaya. Tambahkan sedikit aksesori seperti bracelet atau rantai leher panjang agar kelihatan stylish.
Jangan lupa untuk bawa bersama handbag atau clutch ketika pergi beraya untuk melengkapkan persalinan anda! Mengimpikan dress labuh untuk dipakai sempena lebaran ini? Dapatkan dengan segera sebelum terlambat.. :)
Wow!!! sangat cantik okeh 'Dress Labuh' ni..
Jom Shopping!! Jangan lepaskan peluang yang masih ada :)
Assalamualaikum..
Haritu
masa shopping barang baby tak beli pun beg baby. Sebabnya mahal sesangat. Masa tu
tengok kat AEON Melaka. So cakap kat en.suami hold dulu la. Cari kemudian.
Kebetulan
hari ahad lepas kan saya cari baju tuk pakai raya. Pastu singgah masuk Pasaraya
TF jap. Saja nak cari barang sikit. Tergerak hati nak pergi bahagian baby. Cadangannya
nak tengok tilam baby, sekali lain yang dibeleknya. Biasa la tu kan..haha
Terperasan
pula ada beg baby. Kebetulan tak beli lagi. Pastu beg baby yang ada kat TF ni
murah. Rm29.90 je okeh. Brand Pureen. Haritu tengok kat AEON beg yang sama
besar macam tu dalam Rm50++. Nasib la tak kalut nak beli juga. Kalau tak,
confirm menyesal buang duit camtu je.
Kat
sini mana ada expo baby. So kena la survey mana-mana yang ada bahagian baby.
Ukuran
beg ni 18cm x 43cm x 32cm. Berbaloi beli. Dah la besar. Murah pula tu. So beg
baby dah standby dah. Disebabkan beg ni besar, saya masuk je semua barang baby
yang ada dalam 1 beg tu. Kut-kut nanti dapat beg kecik sikit, boleh la asingkan
barang tuk bawak ke hospital.
Beg
baby dah ready. Beg mummy awak langung tak ready lagi. Nurse dah bagitahu suh
buat persiapan. insyaAllah akan buat slow-slow sampai masanya.. J
Assalamualaikum..
Rutin
seperti biasa. Pergi checkup di HTD (Hospital Tentera Darat). Tengok macam
ramai pula orang harini. Ingatkan keluar awal takde orang sangat. Rupanya salah
tanggapanku.. hehehe
Harini
baby dah masuk 32week. Dah 8bulan dah anak mama ni. alahai.. Lagi berapa minggu
je dah nak kuar. Perasaan? Takde perasaan kut. Haha.. ehh, bukanlah takde
perasaan pada baby ni. Cuma taknak ada perasaan takut nak deliver nanti. Malas nak
fikir sangat. Sampai masa sakit pergi hospital.
Fikir
yang positif-positif je. Biar Allah permudahkan urusan tu. Dari kita fikir
macam-macam, karang lain pula jadinya. Kalut. Betul tak? Harini check dengan
nurse lain. Sebab nurse yang selalu take over saya ada urusan. Ok juga suruh
nurse lain check, jadi kita tahu details kita bila orang lain check tu ada
perubahan ke tak, kan?
Harini
check tekanan darah ada perubahan. Sebelum ni static je kan 90/60. Harini 100/70.
Ok la tu kan ada juga perubahannya. HB? Tak pula dorang check. Ke bulan puasa
memang dorang tak kan check eh?? Xpelah, tunggu next checkup la baru tahu macam
mana nanti.
Berat
ada la naik sikit. Minggu lepas 48.5kg. Tadi 49kg. Tak tau la betul ke x. sebab
saya bukan nampak pun kat penimbang tu. Hehehe.. Degupan jantung baby pun Alhamdulillah
ok..
Dan
macam biasa la, baby ni kalau nurse check perut nak ukur tinggi Rahim mesti dia
akan mara. Haha.. punya gelak nurse harini. 2 orang nurse check sebab nak tahu
kedudukan dia. Sekali dia punya tendang tu, mak aihhhh.. bukan kemain lagi
ganas. Sampai berombak perut. Malu mama awak ni tau. Ligat bukan kemain lagi
duk dalam perut. Haha..
Harini
ada scan baby sekali. Even scan 2D je, minta doc tengokkan gender dia kalau
nampak. Tetiba rasa nervous kat situ. Risau baby xnak tunjuk. Tu pun sebelum
doc masuk, pujuk-pujuk baby kasi kerjasama. So dah tahu gender dia.. hehehe..
Ikut
kata nurse insyaAllah baby geng mama dia.. Jika diizinkan Allah la apa yang
nampak tadi. Saya macam blur-blur je. Yela scan 2D kan.. nanti nak tanya kat
en.suami la, kut-kut dia nak tengok, nak ajak dia scan lagi sekali nak pastikan
gender dia tu.
Tak
kisah la ada gender baby pun, yang penting baby sihat, kan? Yang penting baby
akan selamat lahir nanti. Apa-apa pun dah bersyukur sangat Allah bagi nikmat
merasa pregnant ni macam mana. Rasa pergerakkan baby ni macam mana.
Kalau
betul la baby geng mama, nampak gaya rabak la poket ayah awak nanti baby.. haha..
maklum la, confirm akan dapat pakai baju yang cun-cun nanti kan??
Alhamdulillah
juga, doc cakap baby dah pusing. Kepala dah kat bawah. Alhamdulillah.. sebelum
ni nurse cakap dia dok melintang. Masa scan nak masuk 7bln haritu dia sonsang. Syukur
masuk 8bulan ni dia dah duduk betul. Harap-harap tak berubah la kedudukan dia.
Mungkin
semalam saya rasa sakit semacam kat perut tu baby memusing kut. Sebab lain
macam rasa perut ni. Dah la semalam en.suami berbuka di kem. Risau juga kut-kut
jadi pape. Yela kita dah la xde pengalaman. Pastu kat umah sorang-sorang. Sampai
rasa nak demam semalam.Rupanya baby nak ubah kedudukan dia.. Sebab boleh rasa
tendangan dia tu macam kat tempat lain.
Ehh,
tadi sempat juga tanya doc anggaran berat baby dah berapa. Kata doc dalam
lingkungan 1.8kg.. haaaa? Biar betul.. macam tak caya je dengar. Sebab scan nak
masuk 7bln haritu doc cakap 949gram. Takpelah, janji baby membesar dengan baik.
Patutlah sekarang terasa berat je kat perut ni. hehe
Ok
la, dah panjang lebar menaip catatan checkup harini. Nanti kita share perihal
checkup seterusnya ya.. mekasih sebab sudi baca dan tinggalkan komen.. J
*muka sememeh balik dari HTD. penat naik tingkat 4!*
Assalamualaikum..
ni cerita hari ahad lepas.. ehh, cerita semalam la.. pagi semalam saya ngan en.suami nak keluar. nak settle kan perkara yang tak selesai lagi. Sebelum keluar tu, en.suami nak bersihkan kereta sikit.. kesan tanah sebab follow lorry masa keluar hari sabtu tu..
ni cerita hari ahad lepas.. ehh, cerita semalam la.. pagi semalam saya ngan en.suami nak keluar. nak settle kan perkara yang tak selesai lagi. Sebelum keluar tu, en.suami nak bersihkan kereta sikit.. kesan tanah sebab follow lorry masa keluar hari sabtu tu..
Dalam
masa yang sama en.suami cakap panaskanlah enjin.
Tergerak
hati cakap kat en.suami. takpe ke panaskan enjin, pastu tutup pintu rapat,
cermin tak buka. Sebab tak buka cermin tu en.suami nak bersihkan cermin tu la..
En.suami kata boleh je. Tapi gerak hati ni rasa macam xnak hidupkan enjin
kereta.
Sebab
lagi 1 kenapa saya taknak panaskan enjin kereta tu, kereta tu belum ada kunci
pendua. So risau la kut-kut ter’lock’ nanti macam mana kan.. sebab kereta auto.
Sedangkan kereta saya sebelum ni manual pun pernah ter’lock’ sendiri, tu yang
rasa seram tu.
Dalam
masa yang sama, saya terdengar bunyi anak kucing. Masa en.suami dok bersihkan
kereta tu la.. Actually dalam masa seminggu saya asik la terdengar anak kucing
dok terjerit-jerit. Alaa, terjerit-jerit macam dok tercari-cari mak dia tu. Anak
kucing tu kecik lagi.. dalam umur sebulan 2 kut. Tengah nampak comel-comel tu.
Umah
saya kan tingkat 4. Bayangkan kalau anak kucing tu terjerit-jerit saya boleh
dengar jelas. Nak dijadikan cerita, masa en.suami bersihkan kereta memang saya
terdengar 2kali bunyi anak kucing tu. Dok tercari-cari. Sampai ke dalam
longkang saya jenguk. Tak jumpa pun kat mana.
Kut
kena sorok dek budak-budak kat stor pun takde. Last-last biarkan je. Sebabnya dah
tak dengar dah. Lepas tu kitorang pun gerak la keluar bila en.suami dah
selesai. Masa kuar simpang tu macam terdengar dah bunyi anak kucing tu. Pelik!..
Haaa,
sudah.. tak kan la dah jauh dari tempat parking boleh dengar kut. En.suami
drive slow je.. Pastu nak keluar 1 lagi simpang, terdengar lagi bunyi anak
kucing tadi. Haaaaaii, lain macam ni.. En.suami pun dengar.
Suruh
en.suami berhenti kat tepi jalan. Masih dalam kawasan kem ni. suruh en.suami
buka bonet enjin depan. Sekali hambekkkkkkk.. punya cantik dia landing kat
dalam tu. Kat atas tempat apa eh.. alaa, yang besar bekas dia tu.. saya ni
xpandai sikit bab dalam enjin tu..
Punya
laaaaaa terkejut kitorang anak kucing tu melompat keluar. Syukur dia selamat
tau.. nasib baik la saya tergerak hati taknak panaskan enjin kereta tu awal
awal. Kalau tak.. haaaaa, mati kejung la dia kat situ..
google : besar ni la anak kucing tu.. warna pun sama.
Bahaya
betul la hai.. sebelum ni dok dengar je situasi macam tu.. bila kena kat diri
sendiri, terkejut bukan kemain. Syukur la anak kucing tu selamat. Rupanya anak
kucing yang selalu saya dengar terjerit-jerit tu dia dok dalam kereta
en.suami..
Sabar
je la.. lepas ni kalau nak keluar je kena check kat enjin depan tu.. karang tak
pasal-pasal ada pula yang arwah kat situ.. 1 kerja pula nak kena bersihkan. Lagipun
tak sanggup rasanya nak tengok kalau-kalau buka bahagian depan tu, anak kucing
tu dah mati.
Macam-macam
la hai.. sabar je la..
Assalamualaikum..
Salam 23 ramadan.. Fuh, lagi bape hari je kita akan habiskan puasa tuk tahun ni kan? Lepas tu raya.. Lepas tu saya pun tunggu masa je baby bakal lahir.. Fuhh.. Macam tak caya je lepas ni dukung baby sendiri..
Semalam keluar lagi.. Settle kan apa yang patut.. Mula mula cari kedai jahit dulu sebab nak repair kaki seluar baju melayu en.suami.. Kasi potong sikit.. Nasib la ada kedai buka.
Settle tu misi mencari baju saya pula. Kali ni tak kuar jauh. Pergi deretan kedai yang ada depan kem ni je. Nekad la.. Ada ke takde ke cari kat situ je. Tak kuasa nak pergi jauh jauh bersesak dengan orang ramai..
Alhamdulillah.. Jumpa la juga bajunya.. Mulanya nak cari patern lain, xde saiz buat mak buyong ni.. Kaler pun sama.. Last last pilih pattern lain jumpa juga baju yang warnanya iras iras dengan baju en.suami..
Hentam aje la.. Janji ada sepasang.. Mungkin dah niat nak cari kat kedai dekat depan kem ni je, akhirnya jumpa juga kat situ kan...
Settle bab baju.. Bab kuih raya beli je la.. Tahun ni xkuasa nak membuatnya.. Dah sarat camni.. Karang terberanak awal pula nak kalut buat kuihnya..
Lagipun mood raya xde la tahun ni.. Ala kadar je la mana yang ada.. En.suami dapat cuti awal.. Maybe balik umah m.i.l awal.. Kalau dan ingat turun melaka nak cuci mata tengok tudung pula..
Tapi larat ke?? Kaki pun macam dah lenguh je nak berjalan.. Huhuhuk..
Psttt : harini misi mendobi baju tuk pakai raya tu..
Assalamualaikum..
Salam 22 ramadan.. Lagi berapa hari je kan dah nak raya.. Dah habis shopping raya ke korang? Saya semalam ke Jakel. Cari baju melayu en.suami.. Baju yang mak buatkan tak sempat siap. Jadi kena la cari baju readymade..
Sekarangkan tengah meletop baju melayu aaron aziz dengan abg zizan kita tu.. Pastu semalam en.suami belilah sepasang. Takde belek lelama pun. Ikut teringin nak kaler apa, terus tanya saiz..
Dalam iklan kata harga dalam Rm89 camtu kan?? Ke saya salah info? Semalam en.suami beli Rm150. Dapat sampin sekali dengan butang baju. Ok la kan.. Senang dah. Tak perlu pening nak cari sampin dengan butang baju nya..
Dalam iklan kata harga dalam Rm89 camtu kan?? Ke saya salah info? Semalam en.suami beli Rm150. Dapat sampin sekali dengan butang baju. Ok la kan.. Senang dah. Tak perlu pening nak cari sampin dengan butang baju nya..
Settle baju dia, kunon kunon nak cari la baju saya kat sana sekali.. Sekali tengok harga.. Pengsan.. 1 baju kat Rm300! Dalam Rm250 dia bagi diskaun. Pastu macam tak banyak la pula baju yang saya berkenan.
Maklumlah.. Baju yang kena beli dress kan.. Kalau baju kurung berlambak. Last last cakap kat akk promoter tu xpelah, ambik baju melayu la dulu..
Pastu pusing ke UO segamat. Pergi pula kat First Lady. Punyalaaaaaa ramai rakyat jelata.. Tak lalu dibuatnya.. Tengok patung pakai cantik. Bila tengok display tak lalu pula.. Sebab jenis kain nya macam kain berat tu..
Last last pusing kedai lain.. Tak berkenan. Pening en.suami. Ntah kenapa kali ni bukan kemain memilih saya nak cari baju. Terus rasa sentap dengan diri sendiri. Sebabnya sini susah betul nak cari baju. Macam tak banyak pilihan je. Tak macam ipoh. Sampai tk terbeli dibuatnya.
Pastu malam semalam sembang ngan mak. Mak cakap xjumpa baju xpelah.. Pakai je baju yang ada. Memang rasa redha je. Bukan kemain sentap dengan perasaan sendiri. Semalam lepas buka cakap kat en.suami..
Harap harap kedai kat sini ada bajunya.. Kalau xde juga takpelah.. Sedih en.suami dengar. Ntah kenapa rasa macam susah nk berkenan kat baju baju yang ada. Maybe sebab harga tak berbaloi dengan jenis kain kut. Tu salah 1 nya..
Saya xnak nanti menyesal beli.. Harap harap harini survey kat sini dapat la baju saya pula..
Huhuhuk..
Kalau xde juga, tunggu baby kuar la, tahun depan kita beraya over-over ngan baby kan..
T________T
Assalamualaikum..
Salam 21 ramadan.. Cepat je masa berlalu kan.. 3minggu dah kita berpuasa.. Lebih kurang seminggu jeeee lagi dah nak raya.. Bestnya..
Best sebab rindu nak jumpa family sebenarnya.. Nanti mak balik kampung boleh la jumpa..
Intro selalu panjang melebar lari tajuk kan.. Hehe.. Sekadar nak buat catatan je kat blog ni.. Nanti nanti bila terkenang balik, boleh tengok kan..
Sekarang ni saya dah 31week 4day camtu.. Apa yang saya perasan sekarang ni macam kena alergik pula kat sesuatu makanan tu.. Before ni xde pun..
Maybe sebab pregnant kan.. Orang kata time pregnant ni macam macam boleh kena. Ahad lepas kut yang saya berbuka kat luar, makan nasi goreng ayam.. Balik tu badan bukan kemain gatal.. Aikkk, alergik makan ayam pula ke? Confius ni..
Pastu esoknya masak lauk daging. Daging memang dah lama juga tak makan. Berbulan juga la start bape bulan pregnant.. Pastu malam tu kena gatal gatal lagi.. Pakej sampai tak boleh tido malam ye.. Tergaru sana sini sampai hilang ngantuk!..
Pastu selasa x makan dah. Rasa ok sikit.. Rabu pergi checkup, tanya nurse sekali.. Dia kata mungkin alergik la kut.. Cuba jangan makan.. Bila x makan ok la sikit.. Klau kena gatal gatal tu kadang sebab kena nyamuk.. Ok la kan..
Dan semalam.. Masak spagetti goreng.. Try bubuh daging kisar.. Sekali malam semalam dok tergaru sana sini.. Gatal 1 badan.. Fuhh.. Bertabah je la menggaru.. Nasib la boleh tahan lagi. Malam masih boleh tido..
So sekarang ni nampaknya kena berpantang dari nak makan daging.. Janji dah dapat makan xdela nak kempunan ke apa kn.. Tak sanggup nak menggaru sana sini dah.. Ayam pun kena juga berpantang.. Tapi xde la berpantang sepenuhnya... Hehe
Karang nak makan apa.. Ikan bilis je?? Haha..
Bertabah je la demi baby.. Dan sampai sekarang juga saya masih tak boleh makan lauk yang dimasak guna rempah.. Rasa panas je badan..
T_________T
Assalamualaikum...
Salam jumaat semua.. Salam 20 ramadhan.. Pagi tengahari ni just nak share resepi simple je dulu.. Nanti entry lain kita story kemudian eh..
Sori la pagi pagi tengahari share gambar makanan.. Bukan apa, kut kut korang boleh try ke, kan.. Tuk berbuka nanti.. Saya pun tak ingat yang ni saya buat puasa ke berapa.. Teringin sangat masa tu nak makan daging. Tu yang gigih beli daging tu..
Saya tak tahu nak bagi nama apa resepi ni.. Daging Goreng Kering boleh kut??
Bahannya mudah je.. Nak buat pun mudah je.. Nak-nak bulan puasa ni kan tak lalu sangat nak makan masakan berkuah, jadi boleh la cuba ye..
bahan-bahannya:
Daging
Kentang
Bawang holland
Bawang Merah Kecik
Bawang Putih
Sedikit Cili Giling/Cili Blender
Air
Garam
Minyak Masak
Kunyit untuk menggoreng daging
Cara-caranya :
Goreng kentang sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
Daging digaul dengan kunyit. Goreng sedikit masak dan angkat & ketepikan.
Tumbuk bawang putih & bawang merah.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih & bawang merah yang ditumbuk.
Masukkan sedikit cili blender/cili giling. (Pedas ikut masing-masing)
Setelah garing, masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
Masukkan kentang + daging yang telah digoreng bersama bawang holland yang dipotong bulat.
Perasakan dengan sedikit garam.
Siap.
=)
Selamat Mencuba..
Bahannya mudah je.. Nak buat pun mudah je.. Nak-nak bulan puasa ni kan tak lalu sangat nak makan masakan berkuah, jadi boleh la cuba ye..
bahan-bahannya:
Daging
Kentang
Bawang holland
Bawang Merah Kecik
Bawang Putih
Sedikit Cili Giling/Cili Blender
Air
Garam
Minyak Masak
Kunyit untuk menggoreng daging
Cara-caranya :
Goreng kentang sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
Daging digaul dengan kunyit. Goreng sedikit masak dan angkat & ketepikan.
Tumbuk bawang putih & bawang merah.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih & bawang merah yang ditumbuk.
Masukkan sedikit cili blender/cili giling. (Pedas ikut masing-masing)
Setelah garing, masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
Masukkan kentang + daging yang telah digoreng bersama bawang holland yang dipotong bulat.
Perasakan dengan sedikit garam.
Siap.
=)
Selamat Mencuba..
Assalamualaikum..
Harini
pergi checkup macam biasa. Sepatutnya pergi semalam (15Julai2014). Tapi sebab
en.suami kena pergi ke Melaka, so saya pun takde transport nak kuar, jadinya
postpone la sehari. Call nurse siap-siap. Takut nanti dia tertunggu-tunggu.
Checkup
harini macam biasa je. Berat tak naik dan tak turun. 48.5kg. Sebabnya berpuasa.
Tak kena mara pun dengan nurse. Hehehe.. Sebab nurse tahu kita puasa. Dah tanya
awal-awal boleh puasa ke tak. HB tak pula nurse nak check. So biar je la.. hihi
Tekanan
darah still sama. 90/60. Nurse pun pelik. Saya ni lagiiiiiiiii la pelik. Last-last
nurse cakap, kalau pakai alat ni memang tekanan darah kamu rendah je. Haha.. ok..
yang tu saya dah lama perasan nurse *cakap
dalam hati*. Nurse tanya juga ada rasa pening ke tak. So saya bagitahu la
takde. Alhamdulillah.. Sekarang dah kurang rasa pening-pening ni. lain la dulu
masa alahan kuat.
Check
baby. Nurse takde pula cakap pape yang tak ok. Cumanya masa tengah usik-usik
kat perut, baby tendang. Haha.. Bukan kemain ank mama ni kan.. Ni akibat mama
kena teman ayah kamu la ni kan tengok bola lepas sahur haritu.. So kamu pun
kuat main tendang-tendang kat dalam.. :P
Takpelah
baby.. tendang la kuat-kuat ye.. mama awak sukaaaaaa dari awak senyap je..
risau tahu… Dah la semalam susah nak monitor awk, kuat tido je kan.. sebab mama
awak tido. Hehehe.. pastu awak kalau tak dengar suara ayah awak pun macam
merajuk kan.. diam je kat dalam tu.. gerak pun slow je.. bila ayah awak balik,
ayah pujuk-pujuk baru nak gerak.. alahai.. manja sangat ni.. anak ayah sungguh
ye.. :p
Sepatutnya
harini saya kena cucuk kancing gigi kedua. Tapi nurse cakap buat minggu depan
la.. sekali dengan scan.. fuhhh, tak sabarnya nak scan awak sayang..
harap-harap kasi la kerjasama ye nak tengok awak ni ‘NUR’ ke ‘MUHAMMAD’.. kalau
‘Muhammad’ dapat la geng dengan ayah awak.. J
Erm..
okay la.. checkup harini pun macam takde apa perubahan sangat pun. So, tunggu
story next week la pula macam mana perkembangan awak ye baby..
Sepatutnya
21hb kena minum air gula kali kedua. Nasib boleh elak kata nak puasa penuh. Hihi..
so lepas raya kena berjaga-jaga makan la nampaknya.. xpelah.. janji buat lepas
raya.. tak lalu nak minum sekarang. Sayang nak ponteng puasa wooo….
belanja 1 gambar terkini ye.. sekarang dah 31week.. buat kenangan kat blog ni.. muka dah bulat je.. haha..
Assalamualaikum..
Bukan nak tayang perut sebenarnya.. Cuma entry ni sebagai tanda terima kasih pada seseorang yang dah beri barut baby ni tuk baby saya..
Hadiah dari seorang rakan blogger juga yang masih menanti cahaya matanya sendiri..
Semoga beliau akan dimurahkan rezeki dengan zuriat yang sentiasa dinanti..
Amin..
Assalamualaikum..
Salam 17 Ramadhan semua.. Alhamdulillah.. Setakat ni kuat lagi tuk berpuasa dengan baby.. :)
Ni semalam punya kisah.. Memandangkan sekarang dah masuk 31 week, so kena la standby barang baby.. Bukan la standby apa pun.. Kelengkapan baby macam pakaiannya saya cuci siap siap..
Sementara larat buat, baik buat awal awal kan? Nanti dah tak larat xkan nak susahkan ayah baby pula.. Tak nak la camtu..
Comel sangat laa hai baju baju baby ni.. Geram nengoknya.. Dah la kecik comel je.. Tak sabar nak tunggu anak mama lahir.. Tak sabar nak tengok anak mama pakai..
Allahuakhbar.. 2bulan lagi je awak nak lahir sayang.. Cepatnya masa berlalu..
Baju yang ada setakat ni baru 7 pasang.. Harap harap la masuk 32week ni, scan kat HTD boleh nampak gender awak ye sayang..
Nanti boleh la ajak ayah awak shopping lagi.. :)
Psssttt : ada lagi sikit sikit barang baby xcomplete lagi.. Yang wajib2 dah ada dah.. :)
Assalamualaikum..
Salam 16 ramadhan.. Sekarang ni rasa macam menjadi jadi pula ngidam saya ni.. Haha.. Teringin itu ini.. Nasib la benda makan tu boleh dicari...
Trimester pertama dgn kedua takde la kuat sangat ngidam tu, tapi masuk trimester ketiga ni bukan kemain baby minta makan.. Haha.. Betul la kan baby yang minta.. Maknya tolong makan je kan? :p
Memandangkan sekarang ni bulan puasa, dah nak masuk raya, boleh pula ngidamkan kuih raya.. Ngidamkan biskut-biskut raya.. Padahal saya ni bukan la heran sangat dengan biskut-biskut raya ni..
Dari awal haritu dh teringinnya.. Cuba untuk tahan nafsu nak makan tu. Sebabnya mana nak jumpa biskut raya awal-awal puasa haritu. Lagipun saya teringin ni senyap senyap je.. Tak bagitahu en.suami pun.. Sebab xnak nanti dia pening nak cari..
Kebetulan semalam kitorng keluar.. Singgah pasaraya.. Nampak biskut raya.. Apa lagi ambiklah sebekas.. Lagipun saja nak try sedap ke tak.. Kalau sedap nanti boleh beli lagi tuk raya.. Then sebab lain beli sebab xsabar nak makan... Hehe..
So ni la biskut yang saya rembat semalam.. Sedap sangat.. Tak rugi beli.. Saya kan sejak pregnant ni suka sangat dengan coklat-coklat.. So kena la ambik yang coklat...
Tak tahu la kat negeri lain ada ke x biskut ni.. Kalau ada korang try la beli.. Sedap.. Dia coklat tapi macam ada rasa oren2 sikit..
Puas rasanya dapat makan ni.. Time sahur pun layan makan juga.. Bertabah je la.. T______T
Sekarang ni ngidam yang tak dapat lagi mini popia.. Dah order dengan makcik 1kg.. Nanti raya dapat.. Yang ni nanti kita kunyah la puas-puas ye baby..
Psssttt : Baru tahu penangan ngidam ni macam mana..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons