Intro - Shopping Barang Baby

Tuesday 27 May 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Hari sabtu dgn ahad lepas kami berdua turun Melaka. Niatnya sebab nak pergi celcom centre. Sebab masalah dengan celcom wifi en.suami. haaa, apa yang masalahnya dengan celcom wifi tu, nanti saya cerita dalam entry lain eh.

2hari berturut-turut kena pergi sana. Mulanya hari sabtu tu sebab nak selesaikan masalah en.suami tu la. Sekali tak dapat nak settle. Pastu kami pun jalan-jalan la kat jusco. Actually nak settlekan masalah celcom tu kat jusco tu juga. Pastu broadbandnya tak bawa. So tak dapat nak settle.

Sambil jalan tu dah perasan dah pakaian baby. Tengok dari jauh je. Pastu cakap dengan en.suami nanti kita tengok baju baby nak. En.suami okey je, tapi settle kan hal dia dulu. Masa tu hari sabtu. Tapi sebab dah petang, tak dapat la nak survey. Sebabnya kami tak bawa pun baju kalau nak singgah tido umah m.i.l. So dah petang kena gerak balik.

En.suami cakap nak datang balik ke jusco tu hari ahad. Pastu kitorng gerak awal pagi. Lepas subuh kitorang gerak. Maksudnya kul 7 lebih la. Siap breakfast kat luar lagi. Jalan slow-slow, singgah makan, so sampai jusco dalam pukul 10. Time tu lengangnya. Nikmatnya kalau nak shopping. Hehe

Pastu dah settle hal en.suami, saya niat nak cari baju. Tengok AEON ada sale. Tapi takde pula baju yang berkenan. Sekali en.suami dok ajak tawaf mall, nampak bahagian baby. Saja test kat en.suami, jom kita beli baju baby. Hihihi.. time tu punya la geram sebab baju baby comel-comel. Dengan macam-macam patternnya. Rasa nak borong je. Dah la ada sale. Murah-murah even ada jenama sekalipun.

Kebetulan pula ayah baby kan dah gaji. Hihi.. so peluang la nak beli sikit. Masing-masing duk geram dengan baju baby. Tapi tu la, kitorang tak scan gender lagi. Jadi beli secara rawak je la kalernya. No pink kaler ye. Haha.. tetiba rasa macam baby boy je dalam perut ni. hihi



So beli la 3pasang baju, 2 pasang set sarung tangan dengan topi. Topi tu ayah baby yang excited. Hihi.. saya pula nak beli yang lain rasa macam nanti la dulu. Sebabnya tak nak nanti kalut beli, terlepas bajet. Pastu ada barang yang perlu tak beli, barang tak perlu banyak terbeli . Jadinya kitorng beli yang tu pun sebab lepas gian jap sebab dah tak sabar nak beli.

So, next time lepas dah scan kitorang akan shopping tanpa was-was. Baru rasa puas kan. Kalau tak nanti asik terfikir-fikir nak ambik kaler apa. List pula tak bawa haritu. Jadinya next time kena shopping barang baby la. Barang mummy dia hold dulu pun takpe.

Ya Allah.. rasa macam tak caya je dah nak ada anak sendiri. Rasa macam mimpi je. Yela, baby first kan? Rasanya semua orang pun camtu juga. Semua orang pun akan lebihkan anak dulu dari mummy daddynya kan?

Disebabkan haritu 2hari berjalan jauh je, perut pun sampai naik krem. Rasa mengeras je. Ya Allah, cuaknya rasa. Jenuh nak monitor baby gerak ke tak. Dengan keadaan kita yang penat, pastu tak boleh nak tahu. Usap-usap perut pun tak rasa dia gerak. Rasa macam nak check kat klinik je.

Pastu ahad malam tu saya masuk tido awal. Rehat. Sebab nak rasa baby gerak. Syukur sangat bila baby tendang punya kuat. Nak bagitahu yang dia ok la tu. Tak dapat nak bayangkan lepas ni macam mana la nak shopping barang baby lagi. Jalan banyak je, perut dah mengeras-ngeras. Pastu penatnya jangan cakap la. Tak boleh nak berdiri lama. Rasa nak pitam.

Lepas ni ada peluang tuk beli barang je, nampak gaya kena beli. Dah la nak dekat puasa, confirm la time tu tak larat nak bawa diri. Dengan orang bersesak-sesak nak shopping raya. Huhuhu..

Okay la, siapa yang duk Melaka tu, kat jusco ada sale tau sekarang ni. sempena father days. So apa lagi. Pergi la cuci mata. Hihi.. yang saya pergi ni AEON yang dekat dengan station bus Melaka central tau. Bukan jusco ayer keroh. So, happy shopping uollss.. ;)

7 comments

  1. memang shopping baju baby ni mengujakan mimie...he he he...welcome to the club... kalau tak tau gender lagi, play safe... beli warna putih and warna2 unisex giteww... muahahahaha....

    ReplyDelete
  2. Eh eh,In yang tak kahwin lagi ni pun memang pantang tak tengok singgah baju baby. Memang rasa nak borong semua. Setiap kali kalau pi usya-usya In pasti cakap dengan siapa-siapa yang teman In,"kalau kaya ni,semua habis beli" Hahaha. Geram,comel! ><

    ReplyDelete
  3. org ada anak jer faham perasaan ni ... baby pakai apa kaler pun ok jer rasanya .

    ReplyDelete
  4. selamat shopping untuk permata hati

    ReplyDelete
  5. hihi..mmg kalau nak shopping barang baby terlebih excited..

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa!!!!!
    xpe mimie, beli je baju2 yg warna dia dua2 blh pakai. biru, hijau, grey.
    tp beli size besar2 ckit xpe. baby cpt membesar :)

    ReplyDelete
  7. beli jugak ye lepas gian.hihihi.
    betul tu nti dh makin penat kan nak gerak..
    masuk 7 bulan nanti boleh la beli semuanya..
    8 bulan dh blh siap basuh n kemas brg masuk beg utk stndby ke spital..

    ReplyDelete