Assalamualaikum..
hai semua..
Harini
kena pergi checkup. Sepatutnya 26 mei ni. tetiba semalam nurse call suh datang
harini. Sebabnya hari isnin depan katanya ramai orang. Saya paham. Sebabnya hari
selasa tu orang nogori cuti. Cuti israk mikraj.
So
semalam bila nurse tanya boleh datang ke tak, terkejut jap. Terkejut sebab
ehhh,kenapa macam cepat je kena checkup. Haha. So cakap kat nurse, ok, boleh je
datang. Sebab fikir baby. Kalau fikir diri sendiri memang takde maknanya nak
kata ‘ye’ tu kan.
So
tadi pergi la checkup pukul 3 petang. Alhamdulillah. Takde orang. Syok. Tetiba nurse
macam terkejut. So bila bagitahu nama baru dorang teringat. Haha. Dorang terkejut,
kita pun ikut terkejut sama. Terkejut sebab salah time ke datang harini.. hehe
Harini
pergi checkup sorang-sorang je. Sebab en.suami duty la. So, semalam masa
bagitahu dia kena checkup, dia terkejut juga sebabnya saya cakap checkup hari
isnin. So bila dia bagitahu tak dapat teman, saya okay je. Set dalam diri, tak
selamanya kena berteman. Fikir positif. Alaaa, kuar dari umah 5minit je dah
sampai HTD tu. Bukan jauh pun. Kalau naik kete la.. :p
Lagipun
dah 2kali pergi tempat yang sama. So tak kekok sangat. Harini checkup okay je. Macam
biasa. Berat naik sekilo. Haha. Boleh laaaaa kan dari tak naik langsung. Jenuh tau
nak naikkan berat badan ni. saya ni jenis kalau makan banyak, pastu nanti esok
esok bila sakit perut, aduhai, jenuh tau. Memulas-mulas perut. Tu yang takut
nak makan banyak-banyak walaupun kadang lapar je sepanjang masa.
Last
checkup 28 april berat 44kg. harini
21 mei berat 45kg. 3minggu naik
sekilo. Boleh la.. janji berat naik, jadi baby pun sebenarnya membesar sama
kan.risau juga kalau berat tak naik ni.
HB macam biasa la. 28 april haritu 9.3. harini 10.3. pening nurse. Hehehe..
sebab turun naik angka tu je.
Orang
lain nak masuk 6month berat dah berkilo-kilo naik. Saya sama je. Masa 3bulan 43.6kg je. Lepas ni nak kena usaha
naikkan lagi ni. Alhamdulillah, selera makan pun dah ok sikit dah dari sebelum
ni. even ada benda yang takleh makan, tapi benda lain boleh masuk. Janji makan.
Agak-agak sampai 9month ni berat saya boleh cecah 50kg ke tak eh.. haha..
Erm,
lain-lain perkara tu okay je kut. Tadi scan dengar denyutan jantung baby. Lega rasanya
bila ok. Bukan apa, terasa macam harini dia kurang aktif je. Risau juga jadi
pape kat dia. Yela, baby kat dalam kita tak tahu dia macam mana kan. Sebabnya tak
nampak. Syukur bila dengar bunyi jantung dia. Baby merajuk ehhh ayah dia tak
dapat temankan harini. Hihi..
Bab
tekanan darah pula, saya pelik sebab tekanan darah rendah balik. Aikkkk.. macam
mana leh turun balik ni. jadi 90/60 balik. Haritu elok dah naik sikit. Maybe saya
penat sikit kut tadi sebab sebelum pergi checkup tu, saya ada turun naik
tingkat 4 ni. fikir positif je la. Sebabnya rasa saya takde la pening sangat
dah sekarang ni. tak macam sebelum ni. pening sesaja.
Esok
kalau ada masa mungkin nak check gigi pula. So kena ajak en.suami la.. malas
nak pergi sorang-sorang sebab tak biasa dengan tempat tu. Awal bulan 6 ni kena
minum air gula pula.. fuhhh, set dalam minda, benda tu sedap.. haha.. kan nurse
dah cakap tadi perisa oren. Haha.. :P
Okay
la.. panjang lebar dah bebel ni. nanti checkup akan datang saya share ye. If esok
pun ada story lain, saya share aje la yerk. J
Mekasih
sebab sudi singgah, baca dan komen.. J
Nota
: harini baby genap 23week..
Tang cek gigi tu msa ank sulung x buat pun.. Hehe... Biasa je tu... Msa ank sulung brt 52 je diakhir kehamilan.. Yg anak kedua 56kg...
ReplyDeleteEhh.. Xkna mara ke klau x buat? Kita ni nurse asik tnya je..hehe.. Ok la tu berat bertambah.. Xrisau kn..
DeleteBagus nurse bgatu suh dtg..hehhe.jaga kesihatan ye kak
ReplyDeletepengalaman pregnant mencabar jgk..:)
ReplyDeleteMencabar jgk cik nor.. Nti bila cik nor merasa msti thu.. :)
DeleteAlhamdulillah.. baby sihat.. ala mimie think + k..air gula tue sedap..pasti sedap..hehehe
ReplyDeletesuka baca pengalaman org..jaga diri kak mimi..:)
ReplyDeletetatau nak ckp apa.. tak pernah merasa :D anyway jaga diri taw ^__^
ReplyDeleteI wish both baby and mom always healthy and happy.. aamiin..
berat akak sebenarnya berapa ek kak.???
ReplyDeleteSebelum pregnant 43kg je eiqa.. Bertahun berat bnyk tu je.. Hehe
Deletesticker mimie skrg warna apa?
ReplyDeletehijau atau putih?