Persiapan : Borang Nikah

Tuesday 22 October 2013

Assalamualaikum, selamat pagi.

kalau tengok tajuk pun dah boleh agak kan. tapi ni bukan kes dah settle urusan borang nikah ye. tapi pagi ni baru dapat hantar. dapat bayangkan tak?? lagi 10hari nak nikah, borang baru selesai hantar.

actually borang ni ambik dah lama. en.tunang ambik 27 ogos kalau tak silap. saya pula ambik 06 sept. al kisahnya, paham-paham la kalau nak kawin, bakal suami ni kerja unit beruniform. dorang kan banyak interview semua dengan pegawai atasan.

so, en.tunang actually dah settle dah borang tu sume. tinggal nak tunggu CO dia panggil je. pastu pula haritu CO dia xde. kena la tunggu. tak silap 16hb baru ni dia dapat jumpa pegawai dia tu. tapi dalam hal macam ni kita tak boleh nak salah kan sesiapa. betul tak?

semua orang pun ada tugas masing-masing. nak tak nak, kesabaran kita kena kuat. bersabar dengan setiap perjalanannya. so, kalau nak pos borangnya, memang tak yakin la boleh sampai awal. ingat posmen nak hantar cecepat ke even poslaju? tidak laaa..

kad yang saya pos last week pun ramai yang tak terima lagi. pastu hari sabtu 19hb baru-baru ni, en.tunang terpaksa turun ipoh hantar borang. yup, hantar by hand. my dad minta macam tu. lebih selamat. takpelah, kena berkorban la kan. malam tu juga en.tunang balik sebab hari ahad tu dia banyak perkara lagi nak selesaikan.

so, petang semalam pergi la jumpa ustaz yang nak semak borang nikah saya & pasangan tu. ambik cop semua. syukur dipermudahkan. semuanya lengkap. terus pagi ni hantar ke pejabat agama pagi ni. pergi dgn abh. tak berani nak pergi sorang takut kena soal kenapa hantar lambat. hehe..

memang tadi kena tanya juga. pastu bila abah cakap pasangan lelaki bertugas sbg tentera, so dorang paham la.. selamat.. lega rasanya dah hantar borang tu. yela, borang tu yang pentingnya kan.


tunggu last week-dalam tempoh seminggu pergi pejabat agama tu balik ambik borang tu & hantar balik pada ustaz yang akan nikahkan tu.. dah tak banyak urusan dah..

so, kepada korang-korang yang nak kawin dengan pasangan yang kerja unit uniform, jangan ikut langkah saya ye.. hehe.. ambik borang awal, uruskan dalam tempoh 3bulan. yup. nak-nak tentera. polis. *tu yang saya tahu la*.. sebab dorang kena interview bagai ngan pegawai dorang. macam polis kena hantar bukit aman borang tu.. tak silap saya la. pakcik yang tolong uruskan hal kawin saya ni bagitahu.

so sekarang ni lega dah sikit 1 perkara. cuma nak follow je dan settle kan perkara lain.. macam saya takde pun kena interview ke apa dengan naib kadi.. macam negeri johor kena kan? then p.pinang sekali eh? tapi ipoh xde pun. syukur..hihihik.. ;)

15 comments

  1. Alhamdulillah..settle dah urusan borang nikah..walaupon sedikit lambat..lagi dekat harinya lagi serba tak kena kan mimie..:)

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulillah, dah setel...tunggu nikah je. Papepun semuga majlis pernikahan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  3. samalah mcm tunang azie haritu sebulan lebih jugaklah azie tgu borang dia ,alhamdulilah awal okt haritu dah setel borang kitaorang..lega sikit bab nie..selagi tak selesai bab ini memang risau je

    ReplyDelete
  4. semoga majlis berjalan lancar :) lama tak bw kat sini. singgah blog ros nanti ye...

    ReplyDelete
  5. bzzynya bakal pengantin.. x pe lambat pun x pe janji dah settle kan? alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. semakin hari semakin dekat..wu wu..

    ReplyDelete
  7. mimie. a ah kawen ngan keje unit uniform kena amek borg awal.. macam Shafazie. hehehe.

    eka punya skang ni tgh tggu belah lelaki siap borang 5. borang kebenaran kahwin luar negeri sebab dia org n9. Minggu ni siap. Pastu tnggal eka je nak hantar ke pjbt agama.

    semoga selamat semuanya ya

    ReplyDelete
  8. nak tahu ? ida esok nak nikah hari neh baru tergedik-gedik hantar boring g pejabat agama .. hikhik .. sampai pejabat agama jer dah problem pulak sbb pegawai nk surat nikah utk confirmkan ida neh bkn anak luaq nikah .. tp sebaek lepas ... esoknya nikah .. hee ;)

    ReplyDelete
  9. Penang mmg kna interview tp nsb sy baik, xkena haritu sbb semua kadi sibuk..hehe..

    ReplyDelete
  10. yup.. klu dgn askar ni kna cepat.. tpi sy dulu dlm sebulan je proses.. sbb nikah xde tunang... tup2 je ajak nikah... hehe...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. tahniah kak mimi =) semoga jodoh anda kekal hingga ke jannah Allah =)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. bestnya.. teringat waktu2 mcm ni dulu.. :)

    ReplyDelete
  13. banyak prosedur ni yea....lebih-lebih lagi anggota keselamatan.....

    ReplyDelete